MASALAH

Setiap orang dalam hidup ini tidak terlepas daripada masalah sama ada masalah itu besar ataupun kecil. Masalah ini juga merupakan salah satu dugaan bagi seseorang itu untuk melihat sejauhmanakah mereka boleh bertahan dalam menghadapi dugaan ini. Terdapat banyak masalah yang sukar untuk kita membuat keputusan, ditambah lagi jika masalah kita ini melibatkan perasaan orang lain. Bagi saya masalah yang saya rasa amat berat dan sukar untuk saya selesaikan ialah masalah kenapa perlu ada penipuan dalam persahabatan. Kepercayaan seseorang itu penting untuk kita terus menjalin perhubungan, ini kerana kepercayaan merupakan salah satu asas yang penting dalam perhubungan, apabila kepercayaan kita dikianati bermakna tiada gunanya jika perhubungan ini terus terjalin.

Kawan merupakan orang yang paling rapat dengan kita, apakah yang akan terjadi jika kawan yang selama ini menjadi teman baik kita, yang sanggup melakukan apa sahaja tiba-tiba berubah dan mengkhianati kita. Bukan sahaja mengkhianati tetapi turut memburukkan nama baik kita, apakah masih ada lagi perasaan kasih dan sayang terhadap hubungan persahabatan ini walaupun setelah sekian lama persahabat. Kemanakah hilangnya nilai persahabatan sehinggakan sanggup menghancurkan persahabatan yang telah lama terjalin. Kenapa perlu ada penipuan dalam perhubungan ini, kenapa tidak berterus terang sahaja jika tidak berpuas hati. Kenapa perlu berbohong jika pembohongan itu memakan diri sendiri dan membuat orang lain merana.

Penipuan? Itu la salah satu perkataan yang saya paling benci, ini kerana penipuan ini kadang kala baik untuk menjaga hati orang yang kita sayang selagi sesuatu masalah itu tidak memudaratkan orang lain tetapi apa yang akan terjadi jika penipuan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Apakah nilai persahabatan sudah tidak bermakna lagi sehinggakan harus ada penipuan dalam perhubungan.

Manusia ini memiliki pelbagai rupa dan sifat yang berbeza iaitu sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi janganlah menggunakan rupa paras semata-mata untuk mengkhianati kawan. Apa yang akan berlaku jika kawan yang telah mengkhianati kawan ini masih lagi berhubung dengan kawan yang telah dikhianatinya itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Dimanakah maruahnya? Tidakkah ada perasaan malu dalam dirinya sehinggakan masih lagi berhubung dengan kawan yang telah dikhianatinya itu, sedangkan tidak pernah ada kata maaf yang diucapkan kepada kawan yang telah dikhianatinya itu.

Dalam perhubungan sesama manusia perasaan syak wasangka, hasad dengki dan cemburu adalah mainan perasaan dalam perhubungan. Jika kita terleka perasaan ini yang akan menguasai kita nanti, perasaan ini tidak akan memberi kebaikan kepada kita tetapi akan memburukkan lagi keadaan jika kita tidaak berjaya mengawalnya.


Kepentingan kreativiti dalam pengajaran pendidikan seni visual

  • mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.
  • Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan.
  • Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran.
  • Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.

Seni Dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan serta lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi seseorang murid. Biasanya guru akan menyuruh murid untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan

Matlamat Seni Dalam Pendidikan adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia supaya celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aktiviti seni pergerakkan biasanya mendorong murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menakkul dan membuat pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka lakukan.

Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuan mereka tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan-kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis

Definisi kreativiti

Menurut kamus Webster's (1976) pemikiran kreatif ialah, " the ability to bring something new existence ". Definisi ini memperlihatkan kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.

Paul Torrance (1974) mendefinisikan kreativiti sebagai proses yang mana seseorang menjadi peka pada masalah, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmoniaan dan sebagainya. Kreativiti ini terhasil daripada persilangan dinamik yang berlaku diantara tiga kuasa iaitu individu yang memiliki kepandaian, pengalaman dan kencenderungan yang dipengaruhi oleh pengetahuan tertentu untuk memilih serta menghasilkan sesuatu yang baru.

Mengikut Leonard Yong (1994), kreativiti bermaksud mengenalpasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan ataupun bentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubahsuai dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.