MASALAH

Setiap orang dalam hidup ini tidak terlepas daripada masalah sama ada masalah itu besar ataupun kecil. Masalah ini juga merupakan salah satu dugaan bagi seseorang itu untuk melihat sejauhmanakah mereka boleh bertahan dalam menghadapi dugaan ini. Terdapat banyak masalah yang sukar untuk kita membuat keputusan, ditambah lagi jika masalah kita ini melibatkan perasaan orang lain. Bagi saya masalah yang saya rasa amat berat dan sukar untuk saya selesaikan ialah masalah kenapa perlu ada penipuan dalam persahabatan. Kepercayaan seseorang itu penting untuk kita terus menjalin perhubungan, ini kerana kepercayaan merupakan salah satu asas yang penting dalam perhubungan, apabila kepercayaan kita dikianati bermakna tiada gunanya jika perhubungan ini terus terjalin.

Kawan merupakan orang yang paling rapat dengan kita, apakah yang akan terjadi jika kawan yang selama ini menjadi teman baik kita, yang sanggup melakukan apa sahaja tiba-tiba berubah dan mengkhianati kita. Bukan sahaja mengkhianati tetapi turut memburukkan nama baik kita, apakah masih ada lagi perasaan kasih dan sayang terhadap hubungan persahabatan ini walaupun setelah sekian lama persahabat. Kemanakah hilangnya nilai persahabatan sehinggakan sanggup menghancurkan persahabatan yang telah lama terjalin. Kenapa perlu ada penipuan dalam perhubungan ini, kenapa tidak berterus terang sahaja jika tidak berpuas hati. Kenapa perlu berbohong jika pembohongan itu memakan diri sendiri dan membuat orang lain merana.

Penipuan? Itu la salah satu perkataan yang saya paling benci, ini kerana penipuan ini kadang kala baik untuk menjaga hati orang yang kita sayang selagi sesuatu masalah itu tidak memudaratkan orang lain tetapi apa yang akan terjadi jika penipuan itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Apakah nilai persahabatan sudah tidak bermakna lagi sehinggakan harus ada penipuan dalam perhubungan.

Manusia ini memiliki pelbagai rupa dan sifat yang berbeza iaitu sama ada baik atau sebaliknya. Tetapi janganlah menggunakan rupa paras semata-mata untuk mengkhianati kawan. Apa yang akan berlaku jika kawan yang telah mengkhianati kawan ini masih lagi berhubung dengan kawan yang telah dikhianatinya itu semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Dimanakah maruahnya? Tidakkah ada perasaan malu dalam dirinya sehinggakan masih lagi berhubung dengan kawan yang telah dikhianatinya itu, sedangkan tidak pernah ada kata maaf yang diucapkan kepada kawan yang telah dikhianatinya itu.

Dalam perhubungan sesama manusia perasaan syak wasangka, hasad dengki dan cemburu adalah mainan perasaan dalam perhubungan. Jika kita terleka perasaan ini yang akan menguasai kita nanti, perasaan ini tidak akan memberi kebaikan kepada kita tetapi akan memburukkan lagi keadaan jika kita tidaak berjaya mengawalnya.

0 comments:

Post a Comment